Latihan Pertama + Skuad Baru

Assalamualaikum w.b.t.

  Alhamdulillah petang tadi (23/1/2011, Ahad) dapat dijalankan latihan kawad kaki bersama-sama ahli baru bagi tahun 2011 buat kali pertamanya. Walaupun kehadiran ahli lama kurang memuaskan kerana ramai ahli lama yang kaya dengan alasan masing-masing seperti demam, tidak berapa sihat, sibuk dan pelbagai alasan lagi latihan tetap berjalan dengan lancar. Pada hari ini juga ahli-ahli baru telah didedahkan dengan beberapa pergerakan asas seperti berjalan, kebelakang pusing dan pergerakan statik yang telah ditunjuk ajar oleh ahli-ahli lama.

Semasa Kawad Kaki Peringkat Zon 1
  Diharap pada latihan-latihan serta program-program PKBM(L)MML yang akan datang dapat dihadiri oleh semua ahli-ahli tidak kira lama atau baru. Kesungguhan dan komitmen anda-anda semua amatlah penting untuk mempertahankan kejuaraan Kawad Kaki Peringkat Sekolah Tahun 2010 dan menambahkan lagi kejuaraan dalam peringkat-peringkat yang seterusnya, InsyaALLAH.

0 comments:

Post a Comment