Dimaklumkan yuran keahlian PKBM(L)MML 2011:-
Ahli Lama : RM 10.00
Ahli Baru : RM 12.00
Tarikh akhir pembayaran adalah sebelum pertengahan bulan MAC.
Pemilihan Fasa 2
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah 2 hari lepas (Rabu, 26/1/2011) telah selesai sudah sesi pemilihan ahli baru bagi fasa kedua. Pemilihan ini dijalankan bertujuan untuk mencukupkan kuota ahli PKBM(L)MML. Keputusan pemilihan akan keluar pada hari Ahad atau Isnin minggu hadapan, InsyaALLAH. Wassalam.

Posted by
PKBM(L)MML
0
comments
Pemilihan Ahli Baru Fasa 2
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah selesai sudah segala berkenaan Pemilihan Ahli Baru 2011 Fasa 1 yang berlangsung pada 18 Januari lalu, Pengerusi PKBM(L)MML, Datuk Dr. Ahmad Aiman Hizami bertitah agar sesi pemilihan kedua diadakan kerana masih banyak kekosongan di dalam persatuan. PULOK.ingatkey sud0h d0h milih ore baru.
Sehubungan dengan itu, PKBM(L) akan mengadakan sesi Pemilihan Ahli Baru Fasa 2 seperti tertera di bawah:
(SKUAD!! Tengoook BAWAH)
Tarikh : 26 Januari 2011 (RABU)
Masa : Jam 1506
Tempat : Depan Masjid Islah / Bilik PKBM(L)MML
| Semasa Perkhemahan Zon Timur 2010 di Terengganu. |
Sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah mendapatkan borang ( bernilai RM0.20) dan menulis nama anda di Chamber of PKBM(L)MML. Kepada yang telah mendaftarkan untuk pemilihan untuk Fasa 1 tetapi tidak hadir semasa sesi pemilihan 18 Januari lepas, anda bolehlah menulis nama anda tanpa membeli borang di tempat yang sama. Diharap anda semua dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan program berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Sekian. Wassalam ~
-------------------------------------------------------------------
Keahlian hanya terbuka kepada Tingkatan 3,4 dan 5 sahaja.
Keahlian hanya terbuka kepada Tingkatan 3,4 dan 5 sahaja.
Posted by
PKBM(L)MML
0
comments
Latihan Pertama + Skuad Baru
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah petang tadi (23/1/2011, Ahad) dapat dijalankan latihan kawad kaki bersama-sama ahli baru bagi tahun 2011 buat kali pertamanya. Walaupun kehadiran ahli lama kurang memuaskan kerana ramai ahli lama yang kaya dengan alasan masing-masing seperti demam, tidak berapa sihat, sibuk dan pelbagai alasan lagi latihan tetap berjalan dengan lancar. Pada hari ini juga ahli-ahli baru telah didedahkan dengan beberapa pergerakan asas seperti berjalan, kebelakang pusing dan pergerakan statik yang telah ditunjuk ajar oleh ahli-ahli lama.
Diharap pada latihan-latihan serta program-program PKBM(L)MML yang akan datang dapat dihadiri oleh semua ahli-ahli tidak kira lama atau baru. Kesungguhan dan komitmen anda-anda semua amatlah penting untuk mempertahankan kejuaraan Kawad Kaki Peringkat Sekolah Tahun 2010 dan menambahkan lagi kejuaraan dalam peringkat-peringkat yang seterusnya, InsyaALLAH.
Alhamdulillah petang tadi (23/1/2011, Ahad) dapat dijalankan latihan kawad kaki bersama-sama ahli baru bagi tahun 2011 buat kali pertamanya. Walaupun kehadiran ahli lama kurang memuaskan kerana ramai ahli lama yang kaya dengan alasan masing-masing seperti demam, tidak berapa sihat, sibuk dan pelbagai alasan lagi latihan tetap berjalan dengan lancar. Pada hari ini juga ahli-ahli baru telah didedahkan dengan beberapa pergerakan asas seperti berjalan, kebelakang pusing dan pergerakan statik yang telah ditunjuk ajar oleh ahli-ahli lama.
| Semasa Kawad Kaki Peringkat Zon 1 |
Posted by
PKBM(L)MML
0
comments
Pemilihan Ahli Baru PKBM(L) 2011.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. proses pemilihan ahli baru Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) Maahad Muhammadi Lelaki bagi sesi 2011 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Daripada 60 lebih yang telah membeli borang keahlian PKBM(L)MML 2011, seramai lebih kurang 40 orang berjaya menghadirkan diri ke proses yang telah dijalankan pada 18 Januari 2011 bertempat di Maahad Muhammadi Lelaki pada jam 3.30 petang. Proses pemilihan ini telah dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek calon-calon yang hadir.
Keputusan calon-calon yang terpilih untuk menjadi ahli PKBM(L)MML 2011 akan ditunjukkan kepada umum pada hari Ahad, 23 Januari 2011 di papan kenyataan PKBM(L)MML. Insya-ALLAH. Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi tahun-tahun yang mendatang dan kepada yang terpilih harap dapat memberikan KOMITMEN yang sepenuhnya sepanjang bersama PKBM(L)MML.
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. proses pemilihan ahli baru Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) Maahad Muhammadi Lelaki bagi sesi 2011 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Daripada 60 lebih yang telah membeli borang keahlian PKBM(L)MML 2011, seramai lebih kurang 40 orang berjaya menghadirkan diri ke proses yang telah dijalankan pada 18 Januari 2011 bertempat di Maahad Muhammadi Lelaki pada jam 3.30 petang. Proses pemilihan ini telah dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek calon-calon yang hadir.
| Larian keliling padang lebih kurang 10 round. |
| Antara calon-calon ahli 2011. |
| Letih doh tiga budoks nih ~ |
| Leftenan Medey menunjukkan cara kawad dengan betul. |
| Aiman: baru 100x, xkan da xlarat k0t. turun lagi bagi cukup 500x. |
| Latihan kawad sebelum calon-calon diasingkan utk di'test' sorang2. |
Posted by
PKBM(L)MML
0
comments
Selamat Tahun Baru
Assalamualaikum w.b.t.
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) Maahad Muhammadi Lelaki 2011 mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011. Agar tahun ini menjadi lebih baik dari tahun lepas. PKBM(L)MML juga berharap agar tahun ini menjadi tahun yang lebih cemerlang buat PKBM(L)MML dalam segala aspek.
---------------------
*blog akan mengalami beberapa siri pengubahsuaian dalam beberapa bulan ini dan akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2011.InsyaALLAH.
Posted by
PKBM(L)MML
0
comments
Subscribe to:
Comments (Atom)