Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah semalam (11/2/2011, 9mlm) dapat kami mengadakan pemilihan skuad utama iaitu platun satu. Kepada yang terpilih, semoga anda dapat memberikan lebih komitmen kepada pasukan dan lebih berdisiplin. Kepada yang tidak terpilih juga haruslah lebih bersemangat untuk menghadirkan diri ke latihan-latihan kawad kaki yang diadakan pada masa akan datang. Masih ada harapan untuk anda terpilih ke platun satu kerana masih terdapat beberapa kekosongan.
Bersyukur juga kepada Illahi kerana telah mengizinkan kami mengadakan Medical Check-Up yang diselaraskan beberapa pegawai TLDM pada hari Isnin lalu. Wassalam.